Kembali kemuka sebelumnya

 

 

 

DASAR DAN TUJUAN PERSATUAN


Untuk melahirkan Pakar Perubatan Islam di Negara Brunei Darussalam.

 

Berusaha untuk menguatkan keyakinan masyarakat Islam tentang ilmu pengubatan secara Islam dengan bermatlamatkan untuk meningkatkan keimanan mereka kepada Allah.

 

Menyumbang kapada usaha negara dalam menanam dan menyebarkan hakikat Islam yang sebenar kepada ke semua masyarakat Islam sebagai satu cara hidup yang merangkumi segala aspek kebajikan, pendidikan, kemasyarakatan dan pengubatan.

 

Bekerjasama dengan mana-mana badan, khasnya di Negara Brunei Darussalam, yang mempunyai kepentingan yang sejajar dengan dasar dan tujuan Persatuan untuk kebajikan serta kemajuan Islam dan umat Islam.

 

Mengambil apa jua langkah yang terdaya dan tidak menyalahi Undang-undang, untuk melaksanakan dasar dan mencapai tujuan di atas. 

 


PERLAKSANAAN DASAR DAN TUJUAN


Untuk melaksanakan dasar dan mencapai tujuan yang disebut, Persatuan akan menjalankan, antara lain, usaha-usaha berikut:

 

Mengadakan program ceramah, halaqah dan bertukar-tukar fikiran dalam mempelajari ilmu keugamaan dan yang berkaitan dengannya, dengan penekanan khusus dalam bidang pengubatan cara Islam;

 

Menyumbangkan tenaga bakti dalam memberi bantuan pengubatan secara Islam kepada yang memerlukan;

 

Mengaturkan program latihan membersihkan diri, zahir dan batin, untuk mudah menerima pelajaran yang mengarah kepada melakukan kebaikan sesuai dengan ajaran Islam;

 

Mengadakan kutipan atau mendapatkan sumbangan dalam bentuk wang atau benda dari punca yang dibolehkan oleh agama dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Undang-undang, bagi faedah membiayai kegiatan Persatuan dan

 

Mendatangkan pakar luar Negeri bagi membantu melaksanakan dasar dan tujuan Persatuan, mengikut aturan dan peraturan pihak berkuasa di Negara Brunei Darussalam.

 

 

 

Copyright March 2008 (Darusysyifa' Warrafahah)