Kembali kemuka sebelumnya

Keterangan Logo Persatuan

 

 

 

4. Lengkongan bulan sabit
Lengkongan bulan sabitLengkongan bulan sabit berwarna keislaman, hijau, melambangkan kerekteristik keahlian Persatuan iaitu: Islam, Keilmuan, kemahiran dan keimanan kepada pengubatan cara Islam yang digunakan sejak zaman Rasullullah sallallahu ‘alaihi wassalam.
5. Latar Belakang berbentuk bulatan yang terbahagi dua
Latar Belakang berbentuk bulatan yang terbahagi duaBahagian berwarna biru mewakili 2/3 permukaan bumi yang berupa air, manakala bahagian berwarna coklat mewakili tanah, adalah lambang keimanan Persatuan kepada rahsia alam.
Yang demikian itu kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala mencipta bumi ini untuk umat manusia, penuh dengan rahsia itu di laut, di daratan dan para kehidupan yang ada di keduanya yang boleh dimanafaatkan untuk pengubatan
3. Tangan Putih
Tangan PutihIni ialah simbol tangan putih yang melambangkan amalan tulus dan berdoa ahli-ahli Persatuan kepada Allah, kerana doa ialah senjata dan keistimewaan yang ditasyrikkan bagi orang Islam, sebagai tanda menyerahkan perkara kepada Allah setelah berusaha
2. Susunan 9 Jilid buku
Susunan 9 Jilid bukuSusunan 9 Jilid buku berkulit hijau, warna keislaman, dan gulit-edge yang kurang keemasan dari gulit-edge lambang al-Qur’an mewakili 9 kitab hadis yang menjadi pegangan kedua Persatuan dalam mendapatkan sumber panduan bagi melaksanakan pengubatan Islam, 9 kitab hadis itu:
1. Al-Bukhari
2. Muslim
3. At-Tarmdizi
4. An-Nasaie
5. Abu Daud
6. Ibnu Majah
7. Ahmad
8. Maliki
9. Ad-Darimi
1. Senaskah Kitab
Senaskah KitabSenaskhah kitab yang terbuka melambangkan Kitab Suci a-Qur’an sebagai panduan dan pedoman hidup umat Islam didunia dan akhirat, juga sebagai rujukan bagi apa jua yang berhubung kait dengan perubatan yang berlandaskan ajaran Islam Warna putih dan keemasan pekat mewakili kesucian, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi pada pegangan Persatuan.
Motto Persatuan tertulis diatasnya, berupa Ayat 82 dari surah Al-Isra’

Terjemaahnya: “Dan Kami Turunkan dari (isi) al-Qur’an, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya

 

 

 

©Copyright March 2008 (Darusysyifa' Warrafahah)