Your browser version is outdated. We recommend that you update your browser to the latest version.

MENGENAI KEAHLIAN PERSATUAN


Keahlian adalah terbuka kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (Pemegang Kad Pengenalan Kuning) atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam (Pemegang Kad Pengenalan Ungu) dan berumur lapan belas (18) tahun keatas .

Ahli Biasa dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak B$20.00 (dua puluh ringgit Brunei sahaja) dan yuran tahunan keahlian sebanyak B$30.00 (tiga puluh ringgit Brunei sahaja).

Permohonan menjadi Ahli Biasa akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa. Jawatankuasa boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi alasan.

Untuk diterima menjadi ahli, seseorang itu hendaklah berkebolehan membaca Al-Qur'an dengan baik dan lancar serta mengetahui Fardhu 'Ain asassi.