Kembali kemuka sebelumnya

 

 

 

MENGENAI KEAHLIAN PERSATUAN


Keahlian adalah terbuka kepada kalangan umat Islam yang mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah, bermazhab Syafie, bermastautin sekurang-kurangnya satu tahun di Negara Brunei Darussalam dan berumur lapan belas (18) tahun keatas .

Ahli Biasa dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak B$20.00 (dua puluh ringgit Brunei sahaja) dan yuran tahunan keahlian sebanyak B$30.00 (tiga puluh ringgit Brunei sahaja).

 

Permohonan menjadi Ahli Biasa hendaklah menggunakan Borang Keahlian 1,BK 1, permohonan tersebut hendaklah disokong oleh seorang Ahli DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH.

 

Permohonan menjadi Ahli Biasa akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa. Jawatankuasa boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi alasan.

 

Untuk diterima menjadi ahli, seseorang itu hendaklah berkebolehan membaca Al-Qur'an dengan baik dan lancar serta mengetahui Fardhu 'Ain asassi.

 

 

 

 

Copyright March 2008 (Darusysyifa' Warrafahah)