Your browser version is outdated. We recommend that you update your browser to the latest version.

PRA SYARAT SEBAGAI PERAWAT

 


  1. Hendaklah memiliki & sifat seperti yang disebut dalam syair Imam Shafie iaitu :- 
    • Kecerdikan – Boleh memahami ilmu yang di pelajari, boleh menghafal doa doa dan bukanlah seorang yang benak.
    • Sensitiviti kepada ilmu – Suka dan berminat mempelajari ilmu dan boleh memelihara (menyimpan) ilmu dan menjaga amanah ilmu dengan baik.
    • Mempunyai pendapatan – mempunyai wang, harta dan bukan orang yang miskin.
    • Mempunyai kesungguhan – bersungguh sungguh dan berterusan dalam belajar ilmu pengubatan bukan sambil lewa sahaja
    • Rakan seperguruan adalah saudara kita – jangan ada cemburu mencemburui, benci membenci sebaliknya tanamkanlah sifat hormat menghormati dan kasih sayang.
    • Memerlukan masa iaitu hendaklah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu dan berubat kerana masa penantian yang panjang.
  2. Hendaklah memberhentikan segala bentuk amalan pengubatan yang bercanggah dengan syariat Islam seperti penggunaan tangkal (walaupun tangkal itu menggunakan ayat ayat al Quran), ilmu pengasih , ilmu penunduk dan seumpamanya.
  3. Jangan melibatkan diri dengan Ilmu tariqat atau kebatinan yang ada keraguan terhadapnya seperti Ahmadiah, Martabat, Qadiani dan seumpamanya, kalau dah disertai hendaklah ditinggalkan dengan segera.

  4. Hendaklah meletakkan diri kita mampu dan boleh untuk berhadapan dengan segala bentuk ujian dan cabaran.

 Syarat  Syarat Utama Menjadi Perawat Yang Baik

  1. Iltizam dengan Ilmu Pengubatan yang dipelajari – iaitu dengan sentiasa beramal dan berdamping dengannya setiap hari.
  2. Mempraktikkan ilmu pengubatan yang telah dipelajari, selalu memberikan khidmat sukarela di klinik klinik darussyifa dengan memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan bantuan.
  3. Jangan campur adukkan ilmu yang diharuskan dengan ilmu yang dilarang iaitu jangan berbohong atau menyebutkan perkara perkara yang tidak betul ketika merawat umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir atau perbuatan khianat oleh orang tertentu.
  4. Ada keyakinan pada diri sendiri dan ikhlas bahawa ilmu yang disampaikan oleh guru adalah benar dan tidak menyalahi syarak.
  5. Tidak boleh melangkah larangan atau etika yang telah ditetapkan oleh Darussyifa contohnya tidak boleh menetapkan bayaran kepada pesakit.
  6. Hendaklah sentiasa berdisiplin dalam semua hal seperti dalam pengubatan, kehidupan, beribadat, berzikir, dan seumpamanya.
  7. Bersungguh sungguh dalam mengubat, berubat,dan mencari kesembuhan.