Your browser version is outdated. We recommend that you update your browser to the latest version.

PENGIJAZAHAH


 Kita semua manusia biasa yang serba kekurangan, kesempurnaan hanya milik Allah Subhanahuwataala, Tuan Guru mempunyai kekurangan begitu juga anak murid mempunyai kekurangan masing masing. Justeru itu sebagai rakan seperguruan hendaklah saling tampung menampung kelemahan dan kekurangan rakan seperguruan yang lain. Kelemahan rakan jangan sekali kali dibongkar atau dibesar besarkan. Kalau rakan tersilap memberi ubat atau rawatan hendaklah kita cuba menutup kesilapan itu dihadapan pesakit dengan cara yang hikmah , jangan sampai mengaibkan rakan.

 

Belajar ilmu pengubatan perlu mendapatkan ijazah dari guru kerana itu adalah warisan yang diterima oleh Tuan Guru daripada semua gurunya termasuk daripada ayahandanya sendiri. Sebagai mengambil contoh Imam As Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqie  mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah tamat belajar . Ketika Imam As Shafie belajar dengan Imam Malik , dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga ia di ijazahkan . Justeru itu kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja.